Sunday, November 26, 2017

Stock Watch #1: 27 Nov 2017

Saja nak tgk how my hunch will go

DIALOG = BUY

1. Baru release Q1 2017 Earnings. Positive result. Net Profit (NP QOQ) Rose 98%
2. MACD in red sea. Profit taking
3. Good growth signals.
4. Target Profit?
5. Entry Price = RM2.37
6. Tenkan Sen = RM2.38
7. CL = RM2.3
8. Capital = RM1000. ep 10% in 1 Jan 2018 = RM32 :(

Aku bajet nak pegang 1 month

In the past one month, stck dah gain 9% (20 cents)



..................................................................................................................................

BSLCORP = NEUTRAL


1. Baru release Q Earnings. Negative result.
2. MACD in red sea. Keep an eye sampai negatif then buy
3. Good growth signals.
4. Target Profit?
5. Entry Price = RM0.71- RM0.72
6. Tenkan Sen = RM0.735
7. CL = RM0.715
8. Capital = RM1000. ep 10% in 1 Jan 2018 = RM100

Strategy

1.Get at least RM50 every two days = in & out strategy


WATCHLIST

MJPERAK = QR Coming
M3TECH = QR Coming = 0.13 boleh sambar = MODAL RM1k
MASTER = Kasi jatuh sampai support dulu. 0.




Saturday, November 25, 2017

FAQ with no Answers

Nak cari potential stocks is not easy

So aku nak listkan several questions yang biasanya aku terfikir sebelum buy a stock 

1. Stock apa nak beli

2. Macam mana nak tahu stock tu price akan increase (uptrend) or akan jatuh (downtrend)?

3. Indicator apa nak guna untuk detect stock trend?

4. Macam mana nak tahu Target price of a stock dalam masa depan, i.e how much the stock worth in the future? 
- entry and exit price

5. How to read these candlestick?

6. Apa trading strategy yg berkesan? Short term? Long term? Mid term?

7. Nak main volume or price?

8. Nak tengok profit in term of RM or % change?

Thursday, November 23, 2017

The BIG Y

So like i've said in my previous post, i've found one of the way to generate more income

share trading

so why did i did choose share trading?

1. Honestly dari sekolah menengah i've been engulfed seeing this stock counter but i was not able to comprehend the details. Most active, top gainers, market cap and other sorts of terminology. Hence, after i graduated i feel like that it's such a waste that i am not able to apply all my knowledge. see point 2
- I just want to feel the excitement of being a stock trader like the wolf of wall street. Hahaha

2. I studied Accounting and Finance as my major. Having said that, having zero knowledge about share really make me feel down aka stupid. hahaha. I've learn investment, corporate finance. Fundamentally equipped, i guess it is the good stepping point.

3. Like any other investment vehicle, no guaranteed return. Why did i not chose to invest in FCPO? Simple answer. I'm not yet ready although my housemates are in FCPO market. Let me enjoy share trading first.

4. Ultimately, aku cara suatu investment yg tak perlukan aku terlalu concentrate dengan nak monitor price. cukup la sekadar glance at chart for 20 secs in an hour. My focus would always be ARBA. I will talk about ARBA later in future post. :)

5. Looking for something that i dont have a reliance on someone else. The only thing standing between me and financial success is just my knowledge and discipline. Not the client, not the system, it is just ME. The harder you work, the greater the expected return would be. As simple as that.

6. Financial freedom in fashionable way. I am not an extrovert person. Hence generating income without having to engage constantly with people ecites me. LoL

...................

So i guess this post is an introductory post about why i chose share trading.
Of course i will find another investment option later in the future, but i do believe focus and consistency is the key to success.

I dont want to be jack of all trade, master of none.

In all, consistency and knowledge will empower you.

Hopefully, i can share my journey for the past three months in the stock amrket: highlighting my mistakes and insights for my future reference. ;)

Cheers
Tom


Wednesday, November 22, 2017

nak jadi hartawan. hahaha

So here I am. Still wondering

Macam mana nak boost income more than what i have now without losing my concentration on my job?

I've been asking myself this questions for the past 18 months. Dari zaman intern di Mondelez sampai la sekarang: a year in ARBA. I've done quite a few things that i do find meaningful to boost my skills and income during this period. I will share that later

Yet i have not find the real solution for my questions.

But i believe in this mantra, "teruskan mencari sampai jumpa"

......

So think i've found out the best way to generate more income

Share trading?

Why share trading?

At first aku tak terfikir sangat pun pasal return bila 'main' share ni, but I do believe in one thing

"Kalau aku terus istiqomah dan have the right ilmu, inshaallah aku boleh buat duit dengan saham".

So I've made my first move, yes. Like one of my mentor says, "take massive actions"

On that eventful day in August, gua g kelas iSaham di Bandar Pingiran Putra. With zero knowledge regarding saham, and at last aku belajar something new about share trading. I akan share in the future what i've gain.

Yes, although i'm a finance student, but i've never try to get serious about practical stuff up until my graduation. hahaha. sayang giler.

...


So back to my blog, haha dah berserabut, i did purchase a new domain name with an intention of transferring all my blogspot content in a wordpress style - yet, something happened to the free hosting. hahaaha.

So i'll can't resist of waiting longer.

Singing off

Tom
22 11 2017

Ps: too many things to share yet no starting point.


Sunday, June 11, 2017

Apa tu ustaziatul alam

Ramadan kareem

Lama beno blog gua ni dah dibiarkan bersawang beb. Sempena ramadan yang mulia ni, aku terfikir tentang satu frasa yang dari zaman aku kat Oz sampai sekarang masih belum ada jawapan yang finite

Bagaimana i nak mendefinisikan maksud sebenar Ustaziatul alam

apa itu ustaziatul alam

secara mudahnya aku simpulkan bahawa Ustaziatul Alam alam ini bukanlah keadaan di mana semua umat manusia memeluk islam. ia lebih dari itu, satu keadaan di mana idea serta tindak tanduk masyarakat pada zaman itu menggambarkan tatacara islam yang sebenar, mirip zaman kegemilangan islam di Madinah dan Costantinople. Boleh jadi ada golongan yang tidak mengimani ajaran islam sebenar, namun mereka tunduk dan merestui idea dan gagasan islam digunapakai di wilayah mereka. pada aku itu adalah satu titik-titik kemenangan

of course banyak sudut pandang boleh diambil berkenaan makna ustaziatul alam. namun aku percaya ustaziatul alam yang sebenar berkisar kepada tatacara hidup islami sebagai payung kepada negara rahmah. hihi.

Kahkah. berfalsafah pulak gua. haha


Sunday, June 26, 2016

3 ingredients Nutella brownies

Peh. Salah satu kenangan manis aku di bumi Canberra ialah sewaktu membaking kek brownies nutalla buat kali pertama. Kenangan manis yang nyata. Hihi.

Selepas hampir 3 tahun di bumi Canberra barulah ada sedikit keyakinan untuk membakar kek. Itupun aku memilih kek yang mudah dahulu. Kebetulan aku terlihat tuorial mudah ini di facebook.


Mudah bukan? Nutella, tepung gandum dan telur. Bakar pada 175 darjah celcius. Settle! Tak sampai setengah jam pun.

So. Inilah hasilnya


-tom riddle-

'Biasanya hang guna berapa sukatan untuk tepung tu eh?'
'Oh, Aku biasanya tuang tepung tu selama 5 saat dengan kecondongan 56 darjah. Hihi. Tiada sukatan metrik yang specific pun.'




Saturday, June 25, 2016

Tom Riddle bukan Voldermort

Peh. Aku dah selalu sangat terima soalan ni.
'Kenapa Tom Riddle?'

Ada yang bertanya, 'Tom Riddle ni mat salleh yang masuk melayu ke?'
.
..

Umum mengetahui bahawa Tom Riddle merupakan nama sebenar bagi Lord Voldermort (watak fiksyen Harry Potter) atau nama sebenarnya Tom Marvolo Riddle.

'Err, tapi mengapa anda memilih nama itu wahai Encik Tom? Kenapa bukan Severus Snape> Kenapa bukan Ron, budak berambut oren itu? Heheheh"

Sabar, sabar. Akan saya ceritakan sebentar lagi mengapa saya memilih untuk menggunakan nama Tom Riddle yang comel ni. Hihi

...

Baiklah, jika anda sudah bersedia dengan popkon di tangan (eh sekarang bulan puasa), saya akan ceritakan. Begini ceritanya. Anda sdah mengetahui bahawa Si Tom Riddle itu merupakan seorang ahli sihir muda yang sangat berbakat serta mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Jika kita menyingkap kembali novel yang ke 6, seperti yang digambarkan Makcik J.K. Rowling (si penulis buku) bahawa Tom Riddle sangat berminat untuk mengetahui apa itu Horcrux. Lalu soalan itu diajukan kepada guruya, Horace Slughorn.  Dipendekkan cerita, Tom Riddle dapat mengetahui apakah kegunaan horcrux tersebut. Dengan tanpa rasa bersalah beliau berjaya menghasilkan 7 Horcrux bagi memastikan dia kekal hidup (immortal)

So, En Tom Riddle tu jahat la kan? Kalau anda bertanya kepada saya, jawapannya ialah ya. Membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa sesuka hati dan pelbagai lagi kezaliman itu memang tidak dapat diterima akal.

Namun ingin saya bawa anda semua melihat sudut pandang yang lain. Kadang-kadang kita terlupa, sikap dan perwatakan seseorang tu berkait rapat dengan persekitarannya. Tom Riddle sewaktu mudanya hidup pada zaman kegelapan dan dia juga mempunyai krisis identiti  semenjakkecil. Rentetan itu, maka dapatlah  saya simpulkan bahawa persekitarannya mendorong beliau bersifat sedemikian.

Apa kaitannya dengan saya? Hahaha. Tiada kaitan secara lansung mengapa saya memilih untuk menggunakan nama ini. Hanya kerana sedap disebut. Gittew.!

Namun apa yang bisa saya simpulkan ialah, watak Tom Riddle ini mengajar saya bahawa kehidupan tanpa perasaan sayang itu bukanlah satu kehidupan.


-tom riddle-

peh. sudah 20 Ramadan. Ayuh pecut ke garisan penamat. Avada kedavra! EH.

Thursday, February 18, 2016

Mr Tom Riddle

Bismillah.

Setelah sekian lama, aku kembali.

Apa makna penjenamaan semula blog ini kepada tom riddle? Ituakan aku kupas dengan lebih lanjut.
Semoga aku terus tsabat menulis. Biddznillah. :)

-tom-

Mana nak beli vakum, berhabuk sangat dah blog ni. 

Tuesday, March 3, 2015

Result SPM dah Keluaq. So what?

Ok.. harini result SPM dah keluaq. So what?

Mungkin ada adik2 comel di luar sana yang tertanya-tanya serta tergaru-garu kepala dek kerana memikirkan hala tuju hidup sementelah mendapat keputusan spm pagi tadi. (perghh ayat kompleks). Haha. Relax. Take it easy. Result macam mana pun, it's a begining of a new life.

Kepada yang berkira-kira untuk belajar di luar negara (wahh mesti result gempak ennn?).. Teruskan niat murni kalian. Yes. Inilah masanya untuk anda terbang bebas meneroka dunia. Tidak semua mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tidak lupa juga kepada adik2 yang sedang berkira-kira untuk menyambung pelajaran ke Institusi pengajian awam dan swasta, Ya, teruskan niat anda. Anda punyai sebab dan matlamat hidup anda yang tersendiri.

So dah lama tak menulis. So ijinkan aku menulis sedikit coretan untuk adik2 yang merancang untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

So what to do?

1 Listkan Negara mana yang korang nak g. Dan yang paling penting, Bidang pengajian.

Faktor pemilihan negara ni sebenarnya amat banyak. Ada salji, boleh main ski, ada sakura, boleh jumpa Lee Min Ho dan sebagainya. Anda punya 1001 alasan  tersendiri untuk memilih negara untuk menyambung pengajian anda. Namun, jangan lupa kepada hakikat sebenar (core business) anda di luar negara - menuntut ilmu. Hehe. Just nak peringat untuk tajdid (betulkan) niat sebelum terbang ke luar negara.

Image result for stress
"Arrghhh. Aku nak fly ke UK, Tapi dapat Russia. Noo!"
Kalau tak dapat negara yang diidam idamkan tu (aku tau majoriti nak g UK kan), tabahkan hati. Ada hikmahnya. Relax bro. Tak perlu frust. Banyak lagi tempat best kat muka bumi ni untuk korang jelajah. Haha

Berkaitan bidang pengajian, tak perlu ulas panjang - pilih apa yang korang minat. Buat apa nak ambil bidang yang korang tak suka kan? Hihi. 

2. Membuat pemilihan Tajaan.

Image result for curious
"So bro, nak apply scholarship mana eh?". Antara soalan klise yang orang tanya
Ok, personally for me, setiap penaja yang korang mintak tu ada kelebihan tersendiri.

Ok. Biar aku eksplen secara ringkas

a) JPA: Biasiswa yang paling common yang orang akan apply. Antara kelebihan dia, bila balik, inshaallah akan dipanggil untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan / GLC untuk memenuhi kontrak. Tak perlu bayar balik jumlah tajaan sepanjang tempoh pengajian. Kerja je. Settle. Biasanya kontrak untuk berkhidmat lebih kurang 5 - 10 tahun bergantung kepada bidang pengajian dulu.

b) MARA: Pun biasiswa yang common orang mintak. Kelebihan dia, tak perlu berkhidmat kepada mara i.e. tidak ada kontrak untuk berkhidmat. You are free to go baby!. Cuma bayaran balik kos pengajian tu ada. Biasanya 5% dan ke atas bergantung kepada keputusan pengajian.

c) Petronas: haa yang ni best skit in comparison with JPA and MARA. Sebab apa? sebab jumlah pelajar tajaan dia x seramai JPA, jadi, elaun dia pun lebih sikit  & banyak privillege yang diberikan pihak Petronas untuk pelajar tajaannya. Prospek kerja pun terjamin. Lebih kompetitif untuk dapat biasiswa Petronas berbanding JPA/MARA.

D) Bank Negara/Kijang Emas.. In one word - best. Pelajar tajaan pun tak ramai. Kalau dapat tajaan bank negara inshaallah prospek kerjaya dah terjamin sedikit sebanyak. Biasiswa pun lebih berbanding dengan JPA, MARA & Petronas. Cuma kena maintain prestasi akademik. Ye lah, dah dapat elaun banyak, banyak le monitoring dari pihak penaja. But that shouldn't be a problem.  Persaingan untuk mendapatkan tajaan  BNM agak tinggi berbanding Petronas dan JPA/MARA.

e) Maybank/Sime Darby/TNB/Khazanah: yang ni aku tak sure sangat. sama jugak macam bank negara. cuma lagi lumayan in terms of elaun. Persaingan untuk dapat ni juga tinggi.

Ok. aku asyik cakap pasal elaun jee. Basically, semua penaja ni sama je kualiti, hampir kesemua akan menggalakkan korang apply top 50 universities. Jadi, anda tak usah terlalu risau tentang kualiti pengajian serta prospek kerjaya. So yang hanya membezakan antara satu-satu penaja ni ialah privilege dia jee. So choose le yang mana yang korang suka.


...bersambung

PS: Dah lama tak menulis blog ni. Berhabuk dah. *klise* Sekali sekala dapat menulis ni best jugak.

Syah
Canberra, 030315








Thursday, June 5, 2014

Kembali #2

Seperti mana yang telah dijanjikan kira2 setahun yg lepas (time tu tengah melepak di Malaysian Hall Melbourne), yang aku akan kembali menghidupkan kembali blog yang dah lama berhabuk ni. For now masih tercari cari issue yang releven untuk dibicarakan dalam blog ni - nampak sangat blog ni takde matlamat penubuhan kan. Hahha

Till now, signing out

Ps - 4 tahun. Selamat menyambut minggu pertama bulan June

Canberra, ACT
050614