Wednesday, March 30, 2011

FAKTA MENGENAI AKU DI KSAH..................DULU DAN SELAMANYA!!!!


Maybe bagi korang…korang anggap sume fakta ni x penting and anggap aku ni mngada ngada…tetapi..inilah yang pernah berlaku di KSAH sepanjang 5 tahun aku dok sana…….x da unsure tokok tambah………layannnnnzzzz je…

Aku mula masuk ke KSAH pada 26 Mac 2006, Ahad dan MULA belajar pada keesokkann harinya, Isnin 27 Mac 2006

Subjek pertama yang aku pelajari di KSAH ialah ENGLISH yang diajar oleh MR. Veerasinggam a/l Sundarajoo. Aku dilayan macam budak baru. (ada 2 sebab)

Subjek kedua yang aku pelajari di KSAH ialah Science yang diajar oleh Pn. Wan Meryani bt Wan Mahmood.

Warga kolej pertama yang aku jumpa secara rasmi di KSAH ialah Tn Hj. Turin B. Ahmad…(PK 1 masa tu)…………kemudiaannya aku berjumpa dengan En Mohd ‘Asri Bin Abdul Ghani (PK HEM). Seperti mana yang diarahkan Tn Hj Zainon b. Shafie (Pengetua KSAH) pada hari sebelumnya.

Satu satunya cikgu yang ajaq aku subjek yang sama di KSAH selama 3 tahun berturut turut ialah MR Veerasinggam yakni subjek English.

Aku menolak menyertai kelas Muzik dan mungkin masuk 1 Gamma…..namun akhirnya aku dimasukkan ke 1 Sigma disebabkan kelas 1 Gamma full.

First time tengok buku besaq yang mencatatkan semua nama pelajar di KSAH…(dalam bilik Ckgu ‘Asri)

Satu satunya cikgu yang pernah naik tangan kat aku di KSAH dan sejak aku di bangku sekolah ialah En Aminordin b. Che Lah (aku x marah kat dia dan tiada lansung perasaan dendam). Peristiwa itu berlaku kira –kira minggu kedua aku di KSAH. (nanti aku huraikan dalam post akan datang)

Pernah terlanggar tiang kat bangunan Form 2 (bangunan lama) sebab berlari lari di Koridor selepas kelas sains

Selalu mengelat masuk latihan rumah sukan…..time mengelat tu….(petang)..aku dan teman selepakkan ku Syaffiq Zabidin berjalan jalan dkat compound KSAH……DAN….Syaffiq ternampak bayangan LEMBAGA PUTIH belakang kelas 1 Sigma..(aku x Nampak pon)..kami pon belah la. 
Tunggu bapak gy!!!! Hahahahak

Selalu balik lewat……kol 3 4 tu kira normal la….aku menengung je la…..

Selalu makan asap time menunggu di kotidor depan bilik guru…Kawan aku yang sama2 menjadi penunggu kata hayat kami x panjang sbab hari2 makan asap ekzos keta  je…..hahhaa…tapi Alhamdulillah masih hidop sampai ke hari ni.

Pemalas dalam bidang Kokurikulum…asyik me’ngencing’ je…….hahahahaa….

Menjadi Pengawas KSAH selama 3 tahun dari 2008 hingga 2010……..

Pernah dijerkah Ckg Hamid sbab x paham apa yg dia cakap……..Pernah jga dimarah oleh dia sbab aku x Nampak murid yg dia tunjuk…akhirnya..budak tu terlepas dari tindakan….(x kesah pon…:p)

Akan mula NAK BEBAI jika ada orang mula bercakap soal kokurikulum depan aku serta kepentingannya untuk ke IPTA. Rasa macam nak pukul ja orang tu.

Suka merayau rayau di seluruh kawasan KSAH terutamanya pada awal pagi…..kadang2 menengung di belakang dewan sengsorang sambil melayan perasaan……

Aku pernah belajar di semua blok yang ada di KSAH termasuk blok form 6………

Pernah terlepas cakap kat Ckg Saifuzzaman.."awat..hang x puas ati????" ,,,Dia dengaq dan nasib bek dia x kata papa...tapi dia ingat sampai la.......

Amat jarang sangat makan di Kantin..(maksud aku nasik kantin)…x sampai 10 kali sjak aku dok KSAH)……kawan2 akan heran jika aku makan nasik kantin..”wei Syahrul…x penah nampak pon”

Pernah 2 kali masuk bilik pengetua. Tuan Hj Morazuki Hashim atas tujuan tertentu……2008 dan 2009….

Aku pernah injured pada 23 Augus 2010 yakni 13 Ramadhan 1431 H…..Petang tu kaki aku tersepit kat celah2 rim moto……kasut kanan aku hancur dan kaki berdarah sampai ke malam. Ari tu merupakan first paper Trial SPM….seharian aku x dapat revise English untuk keesokannya

PERCAYA  ATAU TIDAK…Aku x pernah lansung keluaq dari pagar KSAH sebelum dan selepas waktu persekolahan selama 5 tahun bersendirian mahupun bersama sama kengkawan…. NAMUN…Akhirnya rekod tu lebur pada 23 Mac 2011 apabila buat pertama kalinya aku keluar dengan kengkawan p City Plaza……….P makan n cari CD Game……Wahaha... Budak nerd mana tau nak fly. And i regret that. wahahaha

Aku merupakan pelajar Kolej yang terakhir pada tahun itu memakai uniform lengkap sekolah yakni pada 20 Disember 2010 hingga jam 4:30 petang. Perkara ini disebabkan akulah satu satunya pelajar yang ambik paper Ekonomi Asas pada ari tersebut (aku dikelilingi 4 pengawas peperiksaan)..hahahahak

.......kalo ade gy fakta yang tertinggai..maknanya..bersabung lew..