Tuesday, March 3, 2015

Result SPM dah Keluaq. So what?

Ok.. harini result SPM dah keluaq. So what?

Mungkin ada adik2 comel di luar sana yang tertanya-tanya serta tergaru-garu kepala dek kerana memikirkan hala tuju hidup sementelah mendapat keputusan spm pagi tadi. (perghh ayat kompleks). Haha. Relax. Take it easy. Result macam mana pun, it's a begining of a new life.

Kepada yang berkira-kira untuk belajar di luar negara (wahh mesti result gempak ennn?).. Teruskan niat murni kalian. Yes. Inilah masanya untuk anda terbang bebas meneroka dunia. Tidak semua mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tidak lupa juga kepada adik2 yang sedang berkira-kira untuk menyambung pelajaran ke Institusi pengajian awam dan swasta, Ya, teruskan niat anda. Anda punyai sebab dan matlamat hidup anda yang tersendiri.

So dah lama tak menulis. So ijinkan aku menulis sedikit coretan untuk adik2 yang merancang untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

So what to do?

1 Listkan Negara mana yang korang nak g. Dan yang paling penting, Bidang pengajian.

Faktor pemilihan negara ni sebenarnya amat banyak. Ada salji, boleh main ski, ada sakura, boleh jumpa Lee Min Ho dan sebagainya. Anda punya 1001 alasan  tersendiri untuk memilih negara untuk menyambung pengajian anda. Namun, jangan lupa kepada hakikat sebenar (core business) anda di luar negara - menuntut ilmu. Hehe. Just nak peringat untuk tajdid (betulkan) niat sebelum terbang ke luar negara.

Image result for stress
"Arrghhh. Aku nak fly ke UK, Tapi dapat Russia. Noo!"
Kalau tak dapat negara yang diidam idamkan tu (aku tau majoriti nak g UK kan), tabahkan hati. Ada hikmahnya. Relax bro. Tak perlu frust. Banyak lagi tempat best kat muka bumi ni untuk korang jelajah. Haha

Berkaitan bidang pengajian, tak perlu ulas panjang - pilih apa yang korang minat. Buat apa nak ambil bidang yang korang tak suka kan? Hihi. 

2. Membuat pemilihan Tajaan.

Image result for curious
"So bro, nak apply scholarship mana eh?". Antara soalan klise yang orang tanya
Ok, personally for me, setiap penaja yang korang mintak tu ada kelebihan tersendiri.

Ok. Biar aku eksplen secara ringkas

a) JPA: Biasiswa yang paling common yang orang akan apply. Antara kelebihan dia, bila balik, inshaallah akan dipanggil untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan / GLC untuk memenuhi kontrak. Tak perlu bayar balik jumlah tajaan sepanjang tempoh pengajian. Kerja je. Settle. Biasanya kontrak untuk berkhidmat lebih kurang 5 - 10 tahun bergantung kepada bidang pengajian dulu.

b) MARA: Pun biasiswa yang common orang mintak. Kelebihan dia, tak perlu berkhidmat kepada mara i.e. tidak ada kontrak untuk berkhidmat. You are free to go baby!. Cuma bayaran balik kos pengajian tu ada. Biasanya 5% dan ke atas bergantung kepada keputusan pengajian.

c) Petronas: haa yang ni best skit in comparison with JPA and MARA. Sebab apa? sebab jumlah pelajar tajaan dia x seramai JPA, jadi, elaun dia pun lebih sikit  & banyak privillege yang diberikan pihak Petronas untuk pelajar tajaannya. Prospek kerja pun terjamin. Lebih kompetitif untuk dapat biasiswa Petronas berbanding JPA/MARA.

D) Bank Negara/Kijang Emas.. In one word - best. Pelajar tajaan pun tak ramai. Kalau dapat tajaan bank negara inshaallah prospek kerjaya dah terjamin sedikit sebanyak. Biasiswa pun lebih berbanding dengan JPA, MARA & Petronas. Cuma kena maintain prestasi akademik. Ye lah, dah dapat elaun banyak, banyak le monitoring dari pihak penaja. But that shouldn't be a problem.  Persaingan untuk mendapatkan tajaan  BNM agak tinggi berbanding Petronas dan JPA/MARA.

e) Maybank/Sime Darby/TNB/Khazanah: yang ni aku tak sure sangat. sama jugak macam bank negara. cuma lagi lumayan in terms of elaun. Persaingan untuk dapat ni juga tinggi.

Ok. aku asyik cakap pasal elaun jee. Basically, semua penaja ni sama je kualiti, hampir kesemua akan menggalakkan korang apply top 50 universities. Jadi, anda tak usah terlalu risau tentang kualiti pengajian serta prospek kerjaya. So yang hanya membezakan antara satu-satu penaja ni ialah privilege dia jee. So choose le yang mana yang korang suka.


...bersambung

PS: Dah lama tak menulis blog ni. Berhabuk dah. *klise* Sekali sekala dapat menulis ni best jugak.

Syah
Canberra, 030315